Di garisan ini,
tak akan aku Izinkan
seorang pun menahan.
Menghalang,
Atau cuba menabur onar
matikan langkahku ke seberang.
Aku bukan mainan
pelengkap sandiwaramu
tiada penghujungnya.
Kekal jadi pemisah
sejarah dan masa depan.
mulut ini terkunci dari bercerita peritnya hidup di layar semalam.
Setapak aku melangkah
seluruh cakra tenaga melebur
luka semalam tersiat calar bersilang kering digesel angin.
Aku tidak peduli
terpercik darah luka dibaju sendiri selerak titisan dikerikil jalanan
tanda pernah berada di sini.
Aku bukan boneka pelengkap ciptaan tangan berwajah
malaikat berhati setan
rakus memerah kudrat.
Berbekal doa terjaga di dada
Jangan dihalang langkah
Kerana bayangmu
terpelesok di bawah
Telapak kaki melebar
dengan cita dan harapan
sempadan kisah semalam
menjadi saksi.
Hidup bukan untuk duniawi
jauh untuk dikesali
Jangan sesekali halangi
aku sememang tak akan peduli
Penulis :
Dr. Moh. Ghazali Thaib.
Akademi Sains Kedah, Malaysia.